Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Wednesday, January 6, 2016

Doa Majlis Rasmi Sambutan Maulid Nabi Peringkat Sekolah

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
 للنبي كريم و أهله و أصحابه كرام الفــــــاتحة
 بسم الله الرحمن الرحيم الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , والصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا محُـَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ 

 Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,اللهم انت العزيز الجليل

 Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, bersempena Majlis Maulidurrasul peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Utama, bagi merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan ni’mat Mu yang tidak terhingga. 


 Allahumma Antal Hasibul Jalil , اللهم انت الحاسب الجليل

 Sesungguhnya di tanganMu sahajalah kuasa penilai segala amalan. Justeru…Berkatilah Majlis kami ini. Kau jadikanlah segala usaha kami di sekolah ini, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala usaha kami itu, sebagai amal ibadah yang Engkau berkati. Rahmatilah kami Ya Allah dengan al Quran, Hiasilah diri kami serta serikanlah hidup kami dengan kemuliaan sunnah nabi Muhammad s.a.w., Muliakanlah kami dengan cara hidup baginda rasululullah s.a.w. Ya.. Allah, Peliharalah kami, daripada melakukan penghinaan dan pendustaan terhadap nabi akhir zaman. Kurniakanlah kepada kami kekuatan dan keazaman untuk mengamalkan sunnah rasulMu dalam kehidupan. 

 Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram, اللهم يا ذالجلال والإكرم 

 Jadikanlah majlis sambutan Maulid nabi sebagai majlis ilmu yang bermanfaat, yang dapat meningkatkan pengetahuan kami, meningkatkan keimanan kami dan meningkatkan amaliyah kami. اللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُومًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْـنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا . اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوبَنَا وَِلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِاْلإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلَ فِيْ قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا إِنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْم ٌ . رَبَّنَا اَتِنَا فِيْ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ الـنَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ ، وَالْحَمْدُِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن. DOWNLOAD

Friday, June 15, 2012

DOA SELEPAS SOLAT

Doa selepas solat ada banyak. Tapi ini antara yang popular di kalangan imam2. sebelum baca doa tu istifar dulu. zikir2 panjang dahulu.ok.. Doa ni kena la hafal sikit. ada yang pendek ada yang panjang. mula2 hafal yang pendek ni dulu. jika dah hafal. boleh masuk yang panjang pulak. lepas tu cuba pula doa ini. lebih panjang sedikit. 
 




 
 

Tuesday, December 13, 2011

MENGAPA JESUS BUKAN TUHAN.

10 reasons kenapa jesus bukan tuhan.



1. Jesus dilahirkan- tuhan adalah tiada permulaan dan pengakhiran

2. Jesus tak pernah mengaku dirinya tuhan- jesus xpernah suruh sembah die- xde  tersurat atau statement  berkenaan itu.

3. Tiada seorangkan akan nampak tuhan- manusia boleh lihat jesus.

4. Jesus tak pernah buat lambang salib- dan perkataan Trinity tak wujud dalam bible, ini kerana ada seseorang yang menciptanya.

5. Tuhan tak tidur makan minum dan sebagainya-jesus makan minum tidur* dia seorang pesuruh tuhan.

6. Tuhan adalah satu-bukan tiga dalam satu.

7. Tuhan tidak mati, tidak ada anak, tidak mahukan apa yang manusia mahukan.

8. Hanya tuhan yang sempurna, tuhan tidak akan berubah, pesanan tuhan mesti sama.

9. Jesus menyebut Allaha, Allah bermakna tuhan sebenar-benarnya, Yahudi arab dan kristian menggunakan juga perkataan Allah.

10. Menyembah tuhan sahaja, bukan yang diciptakan, taat kepada tuhan bukan keinginan, menghantar dan menyerahkan kepada tuhan itu sendiri.

Friday, November 25, 2011

BAGAIMANA MASBUK SOLAT JUMAAT?

Seseorang itu dikira mendapat solat Jumaat sekiranya dia sempat sembahyang satu
rakaat bersama-sama dengan imam, dan untuk mendapat satu rakaat tersebut dia
mestilah sempat rukuk bersama-sama dengan imam.
Maka apabila seseorang itu sempat bersama-sama dengan imam sebelum imam
bangun daripada rukuk pada rakaat kedua, dia telah dikira mendapat solat Jumaat
tersebut. Jesteru, apa yang perlu dilakukan ialah menyempurnakan solat Jumaat
tersebut selepas daripada imam memberi salam dengan ditambah satu rakaat
lagi.
Sekiranya seseorang itu hanya sempat bersama-sama dengan imam selepas imam bangun daripada rukuk pada rakaat kedua, dia dikira tidak mendapat solat Jumaat tersebut. Maka dia perlu menyempurnakan solatnya dengan menunaikan solat Zohor sebanyak empat rakaat, selepas daripada imam memberi salam.
Inilah pendapat jumhur para ulamak, Imam Malik, Imam al-Syafie, dan Imam Ahmad bin Hanbal.
(Rujuk Kitab al-Majmu’ karangan Imam al-Nawawi, 4/558).
Pendapat para ulamak ini bersandarkan kepada beberapa hadis, antaranya ialah:

(( من أدرك ركعة من الصلاة فقد أدرك الصلاة)).
Maksudnya: “Sesiapa yang mendapat satu rakaat daripada solat. maka ia dikira telah mendapat solat tersebut”.
(Hadis riwayat al-Bukhari (580), Muslim (608).