Friday, November 25, 2011

BAGAIMANA MASBUK SOLAT JUMAAT?

Seseorang itu dikira mendapat solat Jumaat sekiranya dia sempat sembahyang satu
rakaat bersama-sama dengan imam, dan untuk mendapat satu rakaat tersebut dia
mestilah sempat rukuk bersama-sama dengan imam.
Maka apabila seseorang itu sempat bersama-sama dengan imam sebelum imam
bangun daripada rukuk pada rakaat kedua, dia telah dikira mendapat solat Jumaat
tersebut. Jesteru, apa yang perlu dilakukan ialah menyempurnakan solat Jumaat
tersebut selepas daripada imam memberi salam dengan ditambah satu rakaat
lagi.
Sekiranya seseorang itu hanya sempat bersama-sama dengan imam selepas imam bangun daripada rukuk pada rakaat kedua, dia dikira tidak mendapat solat Jumaat tersebut. Maka dia perlu menyempurnakan solatnya dengan menunaikan solat Zohor sebanyak empat rakaat, selepas daripada imam memberi salam.
Inilah pendapat jumhur para ulamak, Imam Malik, Imam al-Syafie, dan Imam Ahmad bin Hanbal.
(Rujuk Kitab al-Majmu’ karangan Imam al-Nawawi, 4/558).
Pendapat para ulamak ini bersandarkan kepada beberapa hadis, antaranya ialah:

(( من أدرك ركعة من الصلاة فقد أدرك الصلاة)).
Maksudnya: “Sesiapa yang mendapat satu rakaat daripada solat. maka ia dikira telah mendapat solat tersebut”.
(Hadis riwayat al-Bukhari (580), Muslim (608).

3 comments:

  1. Maksud dia kena menunaikan solat zuhur adalah dia perlu menambah 4 rakaat didalam solat tersebut.

    dia tidak perlu untuk membatalkan solat tersebut.

    Diharap penjelasan perlu lebih lagi ye mir. Orang mudah buat satu konklusi dengan bacaan internet.

    ramai tak berguru direct kepada guru sebenar. Terlebih lagi bab tauhid yang lebih condong kepada muktazilah.

    ReplyDelete
  2. YE Memang kau kata dia tak kata berhentikan solat.

    Tapi sebagai seorang guru pendidik terbaik mestilah menerangkan sesuatu dengan menganggap pendengar tidak mengetahui sesuatu langsung pun. (bukan menganggap bodoh)

    Supaya pemahaman dapat disampaikan.

    Nanti kalau dah jadi ustaz formal tau la kau. Macam aku. Kita tak boleh jawab sekadar ye betul. Kena bagi hadis quran itu ini. terangkan dengan muka yakin.

    Bila tak tau. terus cakap saya belum tau..

    Jangan jadikan komen ni sebagai menjatuhkan semangat untuk terus tulis. Aku komen supaya kau terus tulis.

    ReplyDelete
  3. boleh tanya kalau tidak paham. tiada masalah..

    tuliskan komen jika tidak paham..

    semoga mendapat apa yang dihajati.

    terima kasih.

    ReplyDelete

TERIMA KASEH ATAS FEED BACK